Laporan ini mengandungi
pengalaman dan hasil pembelajaran saya sepanjang mengikuti kelas Rekabentuk
Weblog (UKI1011) yang telah diberi
tunjuk ajar oleh Cik Ts. Izati Nabila Binti Marzuki selama lebih kurang 14
minggu. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Cik Ts. Izati Nabila Binti
Marzuki kerana sudi mengajar kami sepanjang tempoh ini. Saya amat menghargai usaha Cik
Izati Nabila dalam membantu saya untuk memahami asas-asas rekabentuk digital masa
kini. Saya teruja apabila mendapat tahu terdapat kelas rekabentuk weblog dalam
semester ini kerana ianya adalah sebahagian daripada bidang tugas kerjaya saya.
Bagi saya, dengan mengikuti kelas ini, saya dapat belajar dengan lebih mendalam
lagi dalam bidang ini. Selain itu, saya juga diberi pendedahan dengan pelbagai
aplikasi baharu yang belum pernah saya gunakan sebelum ini. Antaranya ialah
Canva, Powtoon, Renderforest dan sebagainya.
Di samping itu, terdapat
tugasan berkumpulan yang dilihat dapat memberi peluang kepada ahli kumpulan mengenali
hati budi masing-masing semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Mata pelajaran ini
juga saling berkait dengan mata pelajaran lain dalam semester yang sama seperti
Prinsip Pemasaran (AFT1053), Bahasa Inggeris II (UBI1022) dan Falsafah Isu
Semasa (USK10102) kerana tugasan yang diberikan memerlukan kerja-kerja
berkaitan mata pelajaran Rekabentuk Weblog.
Antaranya ialah pembinaan laman web blog, penghasilan poster iklan
produk dan penyuntingan video.
Pendek kata, ilmu yang dicurah
oleh Cik Ts. Izati Nabila amat bermanfaat dan dapat digunakan sebagai asas
rekabentuk digital.
KOGNITIF
Sepanjang mengikuti kursus Rekabentuk Weblog (UKI1011), terdapat beberapa topik telah dibincangkan di dalam kelas. Topik-topik tersebut dipelajari daripada minggu 1 sehingga minggu ke 14. Topik-topik tersebut termasuklah:
MINGGU 1: PENGENALAN KEPADA KURSUS REKABENTUK WEBLOG
Amat teruja bila keluar senarai subjek yang perlu didaftar untuk semester 2. Hampir semua subjek menepati minat dan selari dengan kerja sampingan sekarang. Rekabentuk laman web adalah antara subjek yang paling dinanti-nantikan. Dulu pernah belajar JOOMLA. Tapi bila tanya adik ( lepasan software engineering ), dia cakap JOOMLA agak ketinggalan dan perlu guna FRAMEWORK. Tak tahulah kenapa masalah dengan FRAMEWORK malas nak kaji. Kelas kali pertama ni, Cik Ts. Izati Nabila binti Marzuki minta semua yang hadir buat salam perkenalan dulu. Perkenal diri, nama, umur dan sebagainya. Ringkas-ringkas sahaja. Kemudian Dr. telah menerangkan asas pemarkahan kursus ni. Selain itu, Dr. memaklumkan bahawa minggu hadapan pelajar mesti wujudkan kumpulan (5-7 orang setiap kumpulan) bagi tujuan tugasan berkumpulan.
Di dalam kelas minggu pertama ini, masih ramai pelajar yang tak dapat turut serta kerana masalah teknikal. Dr. sempat memperkenalkan alat-alat yang beliau gunakan dan mengesyorkan kepada pelajar bagi tujuan pembelajaran di dalam subjek ni. Antaranya ialah wix, canva, powtoon, renderforest, go.anime, biteable dan banyak lagi. Dr. turut memberi nasihat dan motivasi berkaitan mata pelajaran ini yang boleh memberi semangat kepada pelajar yang hadir.
MINGGU 2 : PENGENALAN KEPADA APLIKASI EDITOR GRAFIK ATAS TALIAN (CANVA )
Di dalam kelas minggu ke-2, Dr. Izati telah mengingatkan sekali lagi kepada semua pelajar tentang tugasan kumpulan yang perlu dipersembahkan pada pertemuan seterusnya.
Kemudian Dr. Izati menunjukkan cara bagaimana untuk mengedit gambar atau poster langkah demi langkah sehingga selesai. Apa yang menarik adalah proses ini hanya dilakukan di atas talian sahaja . Oleh itu, pelajar boleh mencuba untuk menggunakan aplikasi tersebut di komputer mereka tanpa muaturun sebarang aplikasi. Setelah dicuba, ternyata laman Canva ini amat berguna dan agak hebat. Bukan sahaja pelbagai tulisan boleh didapati malah terdapat banyak pilihan rekabentuk boleh dipilih mengikut kesuaian gambar atau poster yang hendak dihasilkan.
MINGGU 3 : PEMBENTANGAN KUMPULAN (CADANGAN TUGASAN AKHIR)
Pada minggu ke-3, Pelajar dikehendaki membentangkan cadangan tugasan akhir yang mewajibkan semua pelajar terlibat. Kumpulan kami mencadangkan pertandingan merekabentuk laman sesawang bagi tapak jualan produk. Walau bagaimanapun cadangan pertandingan fotografi daripada kumpulan lain lebih menarik kerana ia nampak mudah dilaksanakan. Oleh itu ramai yang menyokong termasuk saya.
Pada minggu ke-4, Dr. Izati memperkenalkan aplikasi “renderforest” kepada pelajar. Menurut Dr. Izati, “renderforest” merupakan sebuah perisian suntingan video yang membolehkan pengguna mengubahsuai sesuatu video, gambar atau bahan visual ataupun mengolah kesan-kesan khas visual mengikut kreativiti masing-masing. Ianya merupakan antara perisian pengubahsuaian imej yang popular dikalangan pereka grafik sama ada bagi tujuan percetakan ataupun pembangunan persembahan multimedia dan laman web. Aplikasi ini sangat mudah digunakan dan hasilnya juga agak bagus.
Contoh video yang saya hasilkan menggunakan aplikasi Renderforest
MINGGU 5 : Cara mudah bina web guna WIX.COM
Pada minggu ini, Dr. Izati telah memperkenalkan satu laman sesawang yang boleh membantu seseorang membina laman sesawang dengan mudah. Walaupun agak kecewa apabila mendapat tahu laman ini dimiliki oleh negara zionis namun tidak dinafikan ianya agak hebat.
Walau bagaimanapun setelah melakukan carian menggunakan Google, saya hanya dapat cari Filmora versi XI. Malangnya versi percuma ini menghasilkan video yang mempunyai cetakan 'Watermark' yang agak besar.
'Watermark' yang dibuat agak mengganggu keseluruhan paparan.
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menggunakan hanya 1/4 bahagian paparan untuk digunakan sebagai video. Kemudian saya gunakan aplikasi percuma yang saya temui melalui carian Google iaituhttps://www.kapwing.com/tools/remove-backgrounduntuk membuat keratan (crop) dan potongan (trim) pada video yang telah siap digubah. Hasilnya agak baik dan hanya sedikit sahaja tandaan 'watermark' dibuat pada penjuru bawah.
'Watermark' yang dibuat lebih kecil
Antara fungsi atau alat yang ada pada KAPWING yang telah banyak saya gunakan ialah 'remove background', 'crop', 'trim' dan 'replace color'. Walau bagaimanapun perisian Filmora tetap memiliki kelebihan kerana walaupun percuma ia masih memberikan pelbagai fungsi dan alat bagi menghasilkan gubahan video yang menarik. Antara alat yang saya kerap gunakan ialah 'Chroma Key', 'Detech Audio', 'Trim', 'Split', 'Stabilization' dan banyak lagi. Perisian ini juga agak stabil dan mampu memuatkan banyak media dalam satu masa.
Turut dikongsi pautan contoh laman sesawang pilihan:
Pada minggu ini , Dr. izati membuat kelas secara PTG dan dimana beliau memberipeluang kepada pelajar untuk memberi objektif cara menghasilkan video yang berkesan danberfaedah. Antara contoh yang terbaik ialah :
1) Tetapkan Objektif
Memastikan mengetahui matlamat dan rancangan penghasilan video. Objektif
makanan tradisional mengenali mendalam makanan terkenal antara 3 bangsa iaitu
Melayu, Cina dan India.
2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan
Sediakan bahan seperti maklumat, gambar dan sebagainya. Seperti menyediakan
gambar makanan tradisional seperti nekbat, akok dan lain-lain.
3. Pilih Bahan Yang Sesuai
Bahan yang perlu dipilih adalah bersesuaian mengikut tema dan objektif dipilih.
4. Membuat Storyboard
Ia adalah satu siri lukisan tersusun arah kamera, dialog dan butiran. Ia melakar
bagaimana video akan dihasilkan.
5. Bersedia Membuat Pengambaran
Membuat penyediaan tempat, masa dan skrip untuk pengambaran. Makanan
tradisional seperti di pasar siti khadijah yang berada di Kelantan.
6. Sediakan Bahan dan Peralatan
Pastikan peralatan berfungsi dengan baik.
7. Membuat Rakaman Audio
Memasukkan musik video dan latar belakang. Seperti boleh menggunakan Canva.
Menggunakan klip video yang dihasilkan mencapai objektif.
8. Penilaian
Perlu membuat penilaian video dari segi kesesuaian dalam pelajaran dan pengajaran
TOPIC 12 : Weblog Forum (Asynchronous Class)
Senaraikan 10 Kebaikan WeblogForum
1. Ada pakej percuma
2. Mudah dipelajari dan ada bantuan
3. Menyediakan sistem keselamatan yang agak baik
4. Jimat perbelanjaan ( upah )
5. Ruang storan percuma
6. Domain percuma
7. Kongsi pengalaman/minat/idea
8. Peluang pendapatan
9. Tambah rakan
10. Diari
TOPIC 13 : PERLAKSANAAN KERJA BERKUMPULAN (PERTANDINGAN FOTOGRAFI)
TOPIK 14 : PENGHANTARAN TUGASAN AKHIR (JURNAL REFLEKSI)
Melalui kepelbagaian topik yang telah dipelajari, saya memperoleh pelbagai tips penting
dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran diri. Antara kemahiran diri yang saya
pelajari adalah:
Kemahiran Membangunkan Weblog - Di dalam kursus yang telah diambil ini, saya telah diajar tentang cara untuk menghasilkan weblog yang berkaitan dengan konteks yang dipelajari. Contohnya saya diberi tugasan dalam menghasilkan weblog sendiri. Dengan medium yang mudah dan senang, saya dapat menghasilkan weblog yang mempunyai banyak fungsi. Antara weblog yang dihasilkan adalah bertujuan untuk memasarkan produk jualan atas talian.
Kemahiran Merekabentuk - Kemahiran merekabentuk juga dapat diasah dalam kursus ini dengan tunjuk ajar yang jelas daripada pensyarah. Antara kemahiran-kemahiran yang saya perolehi adalah dalam merekabentuk poster, GIF, video serta lain-lain lagi.
Kemahiran Dalam Publisiti - Dalam mengikuti kursus ini, saya dilatih untuk menghasilkan banyak rekabentuk-rekabentuk pengiklanan.Sebagai contoh, penghasilan poster, GIF, serta video promosi dan pengiklanan. Hal ini membantu saya mengasah kemahiran dalam publisiti dan multimedia.
REFLEKTIF
Kursus Rekabentuk Weblog juga dipelbagaikan dengan
perlaksanaan pelbagai aktviti. Walaupun
aktiviti-aktiviti ini hanya dilaksanakan secara maya namun ia tetap menerapkan
nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Antara nilai dan kemahiran yang telah diperolehi sepanjang mengikuti
kursus ini ialah:
• Kemahiran kerja secara berpasukan dapat menghasilkan
semangat kerjasama antara satu sama lain. Kerja berpasukan membantu memudahkan sesuatu program dikendalikan. Mereka akan berasa mudah jika semua saling membantu
untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
• Kemahiran Berkomunikasi dapat diasah dengan lebih baik.
Hal ini kerana, pelajar-pelajar diberi peluang untuk menyampaikan tugasan secara visual dan lisan, bertanya dan memberi pendapat serta bertukar pandangan antara satu sama lain. Disamping itu pelajar juga dapat
mengenali antara satu sama lain.
ANALISIS
Sepanjang 14 minggu mengikuti kursus Rekabentuk Weblog (UKI1011), saya
mempelajari pelbagai teknik untuk merekabentuk dan membangunkan Weblog, ini
merupakan suatu kelebihan kepada diri saya kerana ia memberi pendedahan kepada pelbagai aplikasi baharu selain daripada yang saya gunakan sebelum ini. Selain itu kursus ini sedikit sebanyak dapat menambahkan keyakinan diri saya di dalam dunia berinformasi serta memberi peluang berkongsi ilmu baharu kepada orang lain nanti.
PENILAIAN
Melalui Kursus Rekabentuk Weblog pelbagai ilmu yang telah saya pelajari, bukan
sahaja ilmu teknikal dalam membangunkan dan merekabentuk Weblog, namun
kemahiran-kemahiran lain juga saya dapat secara tidak langsung, antaranya adalah
kerja berpasukan Ini merupakan suatu kelebihan kepada diri saya dalam melaksanakan
tugasan-tugasan di hari mendatang, sebagai contoh mereka mengagihkan tugasan secara adil iaitu setiap ahli mempunyai kerja dan tidak ada yang hanya menjadi pemerhati.
PENUTUP
Rumusan kesemua Ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi daripada kelas ini sangat memberi pengetahuan kepada diri saya sendiri. Kursus ini telah memberi saya kemahiran yang lebih tinggi didalam grafik atau weblog. Antara aplikasi yang saya telah pelajari ialah renderforest , filmora, wix.com, canva, powtoon dan banyak lagi. Segala ilmu yang saya belajar dari kursus ini saya akan gunakan sebaik mungkin di masa akan datang. Akhir sekali, ucapan ribuan terima kasih kepada Cik Ts. Izati Nabila Binti Marzuki di atas penat lelah beliau mengajar kami selama 14 minggu. Semoga jasa dan budi beliau di balas oleh Allah S.WT.