REKABENTUK WEBLOG
(UKI1011)
SEMESTER FEBRUARI 2022
NAMA PELAJAR : MOHAMAD ZAKI BIN ISMAIL
NO. MATRIK : A21L0007EP
NAMA PENSYARAH : TS IZATI NABILA BINTI MARZUKI
TARIKH HANTAR : 05 JULAI 2022
PENDAHULUAN
Laporan ini mengandungi
pengalaman dan hasil pembelajaran saya sepanjang mengikuti kelas Rekabentuk
Weblog (UKI1011) yang telah diberi
tunjuk ajar oleh Cik Ts. Izati Nabila Binti Marzuki selama lebih kurang 14
minggu. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Cik Ts. Izati Nabila Binti
Marzuki kerana sudi mengajar kami sepanjang tempoh ini. Saya amat menghargai usaha Cik
Izati Nabila dalam membantu saya untuk memahami asas-asas rekabentuk digital masa
kini. Saya teruja apabila mendapat tahu terdapat kelas rekabentuk weblog dalam
semester ini kerana ianya adalah sebahagian daripada bidang tugas kerjaya saya.
Bagi saya, dengan mengikuti kelas ini, saya dapat belajar dengan lebih mendalam
lagi dalam bidang ini. Selain itu, saya juga diberi pendedahan dengan pelbagai
aplikasi baharu yang belum pernah saya gunakan sebelum ini. Antaranya ialah
Canva, Powtoon, Renderforest dan sebagainya.
Di samping itu, terdapat
tugasan berkumpulan yang dilihat dapat memberi peluang kepada ahli kumpulan mengenali
hati budi masing-masing semasa menyiapkan tugasan yang diberikan. Mata pelajaran ini
juga saling berkait dengan mata pelajaran lain dalam semester yang sama seperti
Prinsip Pemasaran (AFT1053), Bahasa Inggeris II (UBI1022) dan Falsafah Isu
Semasa (USK10102) kerana tugasan yang diberikan memerlukan kerja-kerja
berkaitan mata pelajaran Rekabentuk Weblog.
Antaranya ialah pembinaan laman web blog, penghasilan poster iklan
produk dan penyuntingan video.
Pendek kata, ilmu yang dicurah oleh Cik Ts. Izati Nabila amat bermanfaat dan dapat digunakan sebagai asas rekabentuk digital.
KOGNITIF
Sepanjang mengikuti kursus Rekabentuk Weblog (UKI1011), terdapat beberapa topik telah dibincangkan di dalam kelas. Topik-topik tersebut dipelajari daripada minggu 1 sehingga minggu ke 14. Topik-topik tersebut termasuklah:
MINGGU 1: PENGENALAN KEPADA KURSUS REKABENTUK WEBLOG
Amat teruja bila keluar senarai subjek yang perlu didaftar untuk semester 2. Hampir semua subjek menepati minat dan selari dengan kerja sampingan sekarang. Rekabentuk laman web adalah antara subjek yang paling dinanti-nantikan. Dulu pernah belajar JOOMLA. Tapi bila tanya adik ( lepasan software engineering ), dia cakap JOOMLA agak ketinggalan dan perlu guna FRAMEWORK. Tak tahulah kenapa masalah dengan FRAMEWORK malas nak kaji. Kelas kali pertama ni, Cik Ts. Izati Nabila binti Marzuki minta semua yang hadir buat salam perkenalan dulu. Perkenal diri, nama, umur dan sebagainya. Ringkas-ringkas sahaja. Kemudian Dr. telah menerangkan asas pemarkahan kursus ni. Selain itu, Dr. memaklumkan bahawa minggu hadapan pelajar mesti wujudkan kumpulan (5-7 orang setiap kumpulan) bagi tujuan tugasan berkumpulan.
MINGGU 2 : PENGENALAN KEPADA APLIKASI EDITOR GRAFIK ATAS TALIAN (CANVA )
|
Tamarai A/P R Vijaendiran |
|
| Norjasmanira Binti Mohd Juhari | |
| Muhammad Zairin Akmal Bin Mohd Zahiri | |
| Mohd Ridhuan Hafiz Bin Mohd Yusoff | |
| Muhammad Aliff Haiqal Bin Mohd Azhan | |
| Abdul Hakeem Bin Mohd Zulkepli | |
Mohamad Zaki Bin Ismail
Pautan laman sesawang: |
|
![]() |
| 'Watermark' yang dibuat lebih kecil |
1. Ada pakej percuma
2. Mudah dipelajari dan ada bantuan
3. Menyediakan sistem keselamatan yang agak baik
4. Jimat perbelanjaan ( upah )
5. Ruang storan percuma
6. Domain percuma
7. Kongsi pengalaman/minat/idea
8. Peluang pendapatan
9. Tambah rakan
10. Diari
- Kemahiran Membangunkan Weblog - Di dalam kursus yang telah diambil ini, saya telah diajar tentang cara untuk menghasilkan weblog yang berkaitan dengan konteks yang dipelajari. Contohnya saya diberi tugasan dalam menghasilkan weblog sendiri. Dengan medium yang mudah dan senang, saya dapat menghasilkan weblog yang mempunyai banyak fungsi. Antara weblog yang dihasilkan adalah bertujuan untuk memasarkan produk jualan atas talian.
- Kemahiran Merekabentuk - Kemahiran merekabentuk juga dapat diasah dalam kursus ini dengan tunjuk ajar yang jelas daripada pensyarah. Antara kemahiran-kemahiran yang saya perolehi adalah dalam merekabentuk poster, GIF, video serta lain-lain lagi.
- Kemahiran Dalam Publisiti - Dalam mengikuti kursus ini, saya dilatih untuk menghasilkan banyak rekabentuk-rekabentuk pengiklanan.Sebagai contoh, penghasilan poster, GIF, serta video promosi dan pengiklanan. Hal ini membantu saya mengasah kemahiran dalam publisiti dan multimedia.
Kursus Rekabentuk Weblog juga dipelbagaikan dengan
perlaksanaan pelbagai aktviti. Walaupun
aktiviti-aktiviti ini hanya dilaksanakan secara maya namun ia tetap menerapkan
nilai-nilai murni dan kemahiran insaniah dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Antara nilai dan kemahiran yang telah diperolehi sepanjang mengikuti
kursus ini ialah:
• Kemahiran kerja secara berpasukan dapat menghasilkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Kerja berpasukan membantu memudahkan sesuatu program dikendalikan. Mereka akan berasa mudah jika semua saling membantu untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
• Kemahiran Berkomunikasi dapat diasah dengan lebih baik. Hal ini kerana, pelajar-pelajar diberi peluang untuk menyampaikan tugasan secara visual dan lisan, bertanya dan memberi pendapat serta bertukar pandangan antara satu sama lain. Disamping itu pelajar juga dapat mengenali antara satu sama lain.
.bmp)
.bmp)
.bmp)
.bmp)
.bmp)

.bmp)

.bmp)
.bmp)
.bmp)
.bmp)
.bmp)
















